Setiap tahun, Taska Vonad akan membuat persembahan di Konsert dan Majlis Graduasi Tadika Vonad. Pengasuh-pengasuh Taska Vonad akan mencipta gerakan–gerakan kreatif bagi kanak-kanak kecil membuat persembahan.
Di sini adalah gambar-gambar kanak-kanak kecil yang terlibat dalam persembahan tahun 2016 yang lepas.
Taska Vonad juga menganjurnya majlis harijadi bagi kanak-kanak kecil di Taska pada setiap tahun. Majlis hari jadi Taska Vonad selalunya meriah dengan makanan yang Taska Vonad sediakan bersama potluck yang dibawa oleh ibu bapa.
Taska Vonad juga sedar kepentingan penglibatan ibu bapa dalam perkembangan awal kanak-kanak. Oleh itu perjumpaan ibubapa dan Penyelia dan Pengurus Taska dibuat oleh Taska Vonad 2 kali setahun untuk merapatkan hubungan di antara pihak Taska Vonad dan ibu bapa disamping berkongsi informasi berkenaan kanak-kanak kecil di bawah jagaan Taska Vonad.
Taska Vonad juga menjual dan menggunakan log anak Permata sendiri untuk mencatat aktiviti dan amalan harian kanak-kanak yang disi oleh pengasuh dan ibu bapa.