Kanak-kanak kecil sentiasa melakukan penerokaan di sekelilingnya untuk merangsangkan perkembangan emosi dan meningkatkan fungsi kognitif, meningkatkan motor halus dan motor kasar serta mengalakkan kemahiran interaksi sosial. Oleh itu aktiviti aktiviti yang dijalankan di Taska Vonad telah dirangka bagi menggalakkan kemahiran tersebut.
Bagi kanak-kanak kecil, apa sahaja aktiviti yang dilakukan adalah bermain. Mereka lebih seronok bermain setiap masa. Lantaran itu semua aktiviti yang dilakukan kepada kanak kanak kecil terutamanya di taska harus mempunyai unsur positif dan harus dilakukan dalam suasana keriangan. Oleh itu kanak-kanak bersama tenaga-tenaga pengajar di Taska Vonad sering mengadakan aktiviti ‘circle time’ bersama kanak-kanak kecil mengikut perkembangan mereka. Antara aktiviti yang dilakukan ialah belajar mengira dan mengenal abjad ‘a, b, c’. Biarpun ia merupakan aktiviti biasa tetapi cara penyampaiannya berbeza supaya kanak-kanak tidak jemu dan sentiasa bersemangat dalam setiap perkara yang dilakukannya.
Setiap tahun, Taska Vonad akan membuat persembahan di Konsert dan Majlis Graduasi Tadika Vonad. Pengasuh-pengasuh Taska Vonad akan mencipta gerakan–gerakan kreatif bagi kanak-kanak kecil membuat persembahan.
Taska Vonad juga menyediaan tempat penjagaan bayi bagi ibu-bapa yang mempunyai anak kecil dan bayi yang perlu dihantar ke tempat yang sama. Taska Vonad telah menyediakan alat permainan dan kemudahan yang bersesuaian dengan penjagaan bayi.
Pengasuh-Pengasuh di Taska Vonad telah dilatih oleh Pusat latihan Vonad untuk membuat aktiviti-aktiviti berdasarkan silibus Kursus Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak Permata yang di iktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan mempunyai kepakaran , berkelayakan, kemahiran yang cekap untuk mengendalikan kanak-kanak kecil. Penyelia dan pengasuh Taska Vonad juga sebahagian besarnya telah pun berkerja beberapa tahun di Taska Vonad.
Kami sedar bahawa pengurusan tenaga kerja yang cekap dan berkualiti akan menjamin sesebuah Taska berjaya dalam perkhidmatann yang diberikan. Kami juga sedar bahawa tugas pengasuh di Taska Vonad juga mesti mengikut amalan yang betul yang digariskan dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak dan Akta Buruh.
© Taska Vonad (M) Sdn Bhd 2019